1. PENDAFTARAN / PERMOHONAN KEAHLIAN / PERTANYAAN AMUntuk pertanyaan mengenai pendaftaran serta permohonan keahlian Perakan Malaysia, serta hal-hal berkaitan samada aktiviti, cadangan, sumbangan idea, sumbangan tenaga dan sebagainya, boleh hubungi
Setiausaha PERAKAN MALAYSIA di talian
012 3195435 (Hamdzah)
atau
Penolong Setiausaha PERAKAN MALAYSIA di talian
019 3430121 (Zulkifli)
Email: setiausaha.perakan@gmail.comApa itu PERAKAN MALAYSIA? - sedikit ringkasanDownload Borang Keahlian Perakan Malaysia
2. SUMBANGAN KEPADA PERAKAN MALAYSIAPERAKAN MALAYSIA memerlukan sumbangan anda bagi tujuan kebajikan, program dan urus tadbir.
Sebarang sumbangan boleh dibank-in ke:-
NAMA AKAUN : PERAKAN MALAYSIA
NOMBOR AKAUN: 12113010028158
BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
Untuk pengetahuan pihak Tan Sri / Dato' / Datin / Tuan / Puan
PERAKAN MALAYSIA adalah pertubuhan NGO yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia.
Untuk Pertanyaan lanjut, boleh hubungi
Bendahari PERAKAN MALAYSIA di talian
019 2224215 (Matlie)
Email: bendahari.perakan(AT)gmail.com
3. MEMBELI SAMBIL MENDERMA UNTUK TABUNG CAKNA PALESTINEDapatkan sticker SAVE PALESTINE apabila anda menyumbang RM5.00 kepada Tabung Cakna Palestine Perakan.
Untuk keterangan lanjut hubungi
Jaliey-M (
017-6242252)

atau Bendahari
Sdr. Matlie

PERSATUAN ANAK KELANTAN PERANTAUAN MALAYSIA
(1781-06-WKL)
34-1, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati,
53300, Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
Posted by admin on 2008/11/5 - 0.00/10 (0 votes), 3362 reads
|
|
| | Setelah beberapa kali di hujani pertanyaan samada melalui panggilan telefon mahupan mel elektronik (email), bertanyakan komen dan pandangan dari kami Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN MALAYSIA) berhubung dengan penayangan filem “Budak Kelantan” ini, maka Ahli Jawatankuasa Perakan Malaysia dengan diketuai oleh Timbalan Presiden, Setiausana, Ahli Jawatankuasa dan beberapa ahli persatuan telah menonton sendiri filem tersebut pada 31 okt 2008 di GSC Berjaya Times Square.
Adalah tidak adil bagi kami memberikan komentar mengenai sesuatu yang kami sendiri tidak menontonnya. Setelah menonton tayangannya, Perakan Malaysia berpendapat filem arahan sulung Wan Azli Wan Jusoh ini memberikan penceritaan yang jujur realiti kehidupan sebilangan remaja Kelantan yang berhijrah ke Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Filem ini sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Akan tetapi, kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah perlu kepada selian orang dewasa pada sesetangah adegannya. Perakan Malaysia ingin menyarankan supaya adegan-adegan tertentu hendaklah diselaraskan dengan Syariah Islam.
Namun demikian, Perakan Malaysia berharap judul filem “Budak Kelantan” ini tidak akan memberikan persepsi yang salah kepada keseluruhan anak Kelantan yang berhijrah kerana seperti yang di pertontonkan, bukan semua anak Kelantan mengalami konflik sosial seperti yang dibawakan oleh watak Jaha di dalam filem ini. Malah ada di antaranya yang berjaya mengharumkan nama negeri kelahiran mereka Cik Siti Wan Kembang. Melihat kepada keseluruhan cerita ini, kami berpendapat satu perkataan Kelantan yang tepat kepada filem ini dengan jalan cerita utamanya di mainkan oleh watak Jaha adalah “Kepala Pengat”.
Perakan Malaysia berpendapat aspek keseluruhan cerita ini adalah bagus dan sebahagian dari cerita ini boleh dijadikan bahan akademik. Walaupun alemen cinta turut di garapkan, tetapi ianya bukanlah sebagai bahan utama jalan cerita kepada filem ini. Sesuai untuk di jadikan bahan kajian kerana dialek Kelantan yang pekat dan maksud sesetengah perkataan yang di sebutkan walaupun bersahaja sebetulnya memberikan makna yang cukup mendalam sekiranya di kaji. Malah sesetangah daripada perkataan yang di gunakan jarang kali malah mungkin tidak pernah di gunakan oleh sesetengah daripada masyarakat Kelantan itu sendiri.
Watak baik Bbucek atau Din lakonan Danny X-factor yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam di lihat penimbal kepada kejahatan yang di lakukan oleh Jaha. Ianya juga menjelaskan gambaran sebenar kehidupan masyarakat Kelantan. Bukan semuanya budak Kelantan itu jahat dan juga bukan semua budak Kelantan itu baik. Pengorbanan yang cuba di lakukan oleh Bbucek untuk membantu sahabat baiknya Jaha ke jalan yang di redhai Ilahi ditonjolkan dengan baik dalam cerita ini.
Ini menggambarkan manusia perlu berkorban demi Agamanya walaupun dengan melepaskan cintanya. Dengan menampilkan contoh pengorbanan Nabi Allah Ibrahim sebagai panduan adalah sesuatu yang di puji. Akan tetapi, jalan cerita ini agak tergantung kerana kita tidak berpeluang untuk melihat kehidupan Jaha yang mungkin berubah menjadi seorang yang baik hasil dari pengorbanan Bbucek kerana wataknya di matikan dengan kemalangan motosikal.
Rumusan yang kami dapati dari cerita ini adalah, betapa susahnya untuk mengubah manusia yang hidupnya telah sekian lama melalui latarbelakang yang gelap. Tetapi usaha-usaha mengubah kearah kebaikan perlu diteruskan walaupun ia sukar.
Sekian, Wassalam.
Di sediakan oleh:
Ir. Hamdzah B Abdul Rahman
Setiausaha Perakan |